| Trainer |
|
|
|
|
Global Genius Consultant Sdn Bhd mempunyai barisan perunding latihan yang berwibawa dan dan mempunyai kredibiliti dalam bidang yang tersendiri. Setiap daripada mereka mempunyai kelulusan akademik dan pengalaman yang unik, sehingga menghasilkan kombinasi yang terbaik untuk mengedalikan sessi latihan yang berimpak tinggi dan mencapai objektif sebenar program.
HJ. FADZLI YUSOF, PRINCIPAL CONSULTANT
Beliau telah ditauliahkan sebagai Certified NLP Profesional Trainer National Federation of NLP (NFNLP) yang berpusat di Florida, Amerika Syarikat. Selain itu, beliau juga merupakan seorang NLP Coach dan NLP Master Practitioner. Perbadanan Sumber Manusia Berhad (PSMB) juga telah mentauliahkan beliau sebagai Certified Profesional Trainer. Mendapat ijazah sarjana muda dari Universiti Islam Antarabangsa dan kemudiannya menyambung di peringkat sarjana (Master) di universiti yang sama. Sekarang, beliau dalam proses menyambung pengajiannya ke peringkat PhD. Mempunyai pengalaman sebagai peguambela dan peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya, dan tenaga akademik di UiTM Kampus Induk Shah Alam. Beliau juga adalah Setiausaha Agung Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia / Trainer & Motivator Islam Nasional (TAMRIN) yang pertama (2009-2011).
Fadzli Yusof sudah menghasilkan 30 judul buku berkaitan motivasi bina insan dan pembangunan diri. Beberapa tajuk menjadi bestseller di pasaran (Carta buku di MPH Bookstores, Popular Bookstores, dan Resensi RTM). Sudah lebih 100,000 naskhah bukunya telah terjual di pasaran.Ada beberapa judul yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia. Buku Mengurus Kerja dan Waktu, menjadi rujukan rasmi dalam silibus ujian Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Buku Kuasa Hijrah, Kuasa Untuk Berubah terpilih sebagai Buku Pilihan Pembaca Popular Berita Harian 2008 (Kategori Non-fiksyen). Buku 55 Petua Orang Berjaya (ditulis bersama dengan Datuk Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah) berada di senarai bestseller sejak tahun 2004 hingga 2008. PENAMPILAN DALAM MEDIA Sepanjang penglibatan dalam bidang motivasi dan latihan, beliau sering dijemput oleh media untuk berkongsi tip dan hikmah dalam proses pembangunan insan dan binadiri. Antara penampilan beliau ialah :
Maklumat lebih lanjut boleh diperolehi daripada web profail beliau di http://www.FadzliYusof.com In House Trainer : SUHAILI MUSTAPHA, SENIOR CONSULTANT AZMAN TEH, SENIOR CONSULTANT MUNA ‘IZZAH BT MOHD FADZIL
OSMAN AFFAN, SENIOR ASSOCIATE CONSULTANT SHAMSUDDIN KADIR, SENIOR ASSOCIATE CONSULTANT ZAMRI MOHAMMAD, ASSOCIATE CONSULTANT |
| Laman Utama |
| Tentang Kami |
| Modul |
| Trainer |
| Pelanggan Kami |
| Hubungi Kami |
